ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang dengan pakaian serta kasutnya ditemukan di tepi longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, Jalan Gangsa di sini, hari ini.
Ketua Zon I, Jabatan Bomba Dan Penyemalat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1, Ahmad Aminuddin Abd. Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.35 petang tadi.
Mangsa yang hilang itu merupakan kanak-kanak autisme yang berusia tujuh tahun.
“Ibu kanak-kanak itu memaklumkan pakaian dan kasut anaknya ditemukan di tepi longkang berhampiran rumahnya. Sehubungan itu, pihak ...