BAGAN DATUK: Kerajaan menyasarkan jumlah pelajar yang mengikuti Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mencecah 500,000 orang pada tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, peningkatan itu susulan sambutan menggalakkan daripada pemohon bagi bidang kursus yang ditawarkan.
Katanya, sebanyak 1,398 institusi TVET di seluruh negara menawarkan pelbagai kursus bersesuaian dengan permintaan industri.
“Kita telah membuka permohonan mengikut fasa yang ditetapkan dan dengan kerjasama 1,398 institusi TVET ini, kita jangka sambutan daripada kursus-kursus yang disediakan ini cukup menggalakkan.
“Kursus-kursus ...