KOTA BHARU: Hampir 230,000 wanita di negara ini menyumbang kepada ekonomi negara dalam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sehingga tahun lalu.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Noor Afifah Abdul Razak berkata, antara bentuk yang disumbangkan khususnya dalam bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian.
Katanya, kerajaan komited untuk terus meningkatkan prestasi sumbangan wanita dalam bidang berkenaan yang juga sebagai tulang belakang ekonomi negara.
“PMKS yang merangkumi sebanyak 1.1 juta ...