HAVANA: Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel mengesahkan sekurang-kurangnya enam maut akibat taufan Oscar yang melanda negara itu.
Oscar mendarat sebagai taufan kategori satu berhampiran bandar Baracoa di timur Cuba pada petang Ahad (waktu tempatan), sebelum menjadi ribut tropika.
Guantanamo adalah wilayah yang paling teruk terjejas dengan lebih 1,000 rumah rosak akibat hujan lebat dan angin kencang.
Taufan itu mendarat semasa bekalan elektrik terputus di seluruh pulau yang menyebabkan kira-kira 10 juta penduduk Cuba berada dalam kegelapan.
Setakat awal Selasa, Diaz-Canel berkata, masih terdapat kawasan ...