Blog

Tengku Muhammad, Tengku Natasya Puteri selamat diijabkabulkan

KUANTAN: Putera Raja Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan, selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar pukul 8.50 malam ini.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat perkahwinan Diraja Pahang di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, di sini.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyaksikan istiadat berkenaan diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, ...

Read More →

“Fattah Bukan Takat Handsome Tapi Helok, Tak Boleh Cakap Berdepan Sebab Renungan Mata Dia”

Baru-baru ini, staf jenama kambing perap terkenal, Pak Mat Western yang dikenali sebagai Una berkongsi pengalamannya  ketika melakukan sesi siaran langsung bersama pelakon Fattah Amin.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Una menjawab pertanyaan netizen mengenai perkara itu dan mengakui aktor itu sememangnya kacak.

BACA: Rezeki Mencurah-Curah, Fattah Amin Promosikan Tuisyen SPM Pula

@ayuuariffin84

Berdegup jantung ku,bila fattah melihat ku ??? ?

Read More →
blank

“Jenama Baik Punya..” – Tak Masuk Akal! Kedai Di Port Dickson Jual Air Mineral Saiz Kecil RM10

Baru-baru ini, satu hantaran di Facebook mengenai air mineral 1.25 liter dijual dengan harga RM10 telah menarik perhatian ramai.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kedai di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Terbaru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah membuat serbuan di premis berkenaan dan dikenakan kompaun sebanyak RM200.

Setelah menerima maklumat awam berkaitan harga air mineral tersebut, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN ...

Read More →
blank

“Kau Bukan Tak Tahu Betapa Susahnya Aku Cari Duit”- Azza Elite Dedah Pekerja Curi Duit Hasil Meniaga

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Azza Elite mendedahkan wajah bekas pekerjanya yang telah mencuri duit hasil perniagaannya.

Menerusi hantaran yang dibuat di akaun Instagramnya, dia tidak mahu mendedahkan bekas pekerjanya itu tapi telah digesa dan diyakinkan oleh rakannya yang lain kerana Azza tidak mahu mengaibkan sesiapa.

Selebriti itu menjelaskan bekas pekerjanya itu telah menukar QR yang sebenar kepada QR miliknya.

Read More →

blank

Hafizuddin rangkul tiga emas, pecah rekod kebangsaaan di pentas pertama antarabangsa

KANGAR: Penampilan kali pertama badang dari Perlis, Muhammad Hafizuddin Roslin, 20, di pentas antarabangsa mencetuskan sensasi apabila merangkul tiga pingat emas dalam acara angkat berat kategori 81 kilogram (kg) pada kejohanan Egat King’s Cup (Junior) International Weightlifting Championships 2024 di Phayao, Thailand, semalam.

Lebih membanggakan, Muhammad Hafizuddin turut berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dengan angkatan keseluruhan 334 kg, tidak sampai tiga bulan selepas melakukannya di temasya Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak.

Pada temasya Sukma Sarawak baru-baru ini, Muhammad Hafizuddin mencetuskan fenomena ...

Read More →
blank

RON95 kena ikut harga pasaran sebenar tapi beri bantuan kepada pengguna kereta kecil

PETALING JAYA: Kerajaan disarankan untuk tidak campur tangan secara langsung dalam penetapan harga pasaran semasa bagi memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 tidak menjejaskan barangan keperluan harian yang mampu milik untuk rakyat.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, dalam masa yang sama, kerajaan wajar memberi bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan tanpa menjejaskan struktur pasaran sedia ada.

“Bagi saya, harga petrol RON95 perlu mengikut harga pasaran yang adil, walaupun ...

Read More →
blank

Bersara Jadi Pelakon, Hairul Azreen Terpilih Sertai Selangor Red Giants Esports

Selepas mengumumkan bersara dari dunia lakonan, pelakon Hairul Azreen dipilih menjadi pemain profesional sukan atas talian pasukan Selangor Red Giants Esports.

Menerusi perkongsian di TikTok Hairul meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk menyertai pasukan itu dan akan melakukan yang terbaik.

BACA: Anak Menangis Nak Jumpa, Hairul Azreen Bawa Lee Zii Jia Datang Rumah

@hairul_azreen88

Alhamdulillah selepas saya berhenti belakon now sy di pilih utk menjadi ...

Read More →
blank

Ina Naim Bakal Nikah 8 November Ini Dengan Mohd K?

Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim didakwa bernikah dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd K pada 8 November depan.

Memetik Harian Metro, perkara itu dikongsikan oleh penyanyi Isman Hijjaz yang mengatakan dia sudah melihat kad undangan perkahwinan berkenaan dan lega dirinya tiada kena mengena dengan perkara itu.

BACA: Ina Naim Nafi Bakal Kahwin Dengan Artis

“Alhamdulillah, melihat pada kad undangan yang tersebar ini, nama lelaki terbabit sudah jelas bukan saya. Syukur, semua teka-teki nama calon ...

Read More →
blank

Anthony Loke Jangka Kutipan Daripada ‘VEP’ Yang Dikeluarkan Kepada Kenderaan SIngapura Akan Melepasi RM100 Juta

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, hasil kutipan daripada Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang dikeluarkan kepada kenderaan Singapura yang akan memasuki Malaysia dijangka akan melebihi RM100 juta tahun ini.

Memetik dari The Star, beliau berkata jumlah kutipan daripada VEP tahun lepas berjaya mencecah RM91,037,040 juta.

Dalam jangkaan peningkatan kenderaan dari Singapura yang memasuki Johor tahun ini, saya anggarkan kutipan akan melepasi ...

Read More →
Page 795 of 1,935 «...770780790793794795796797...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X