GEORGE TOWN : Malaysia kini bersedia untuk mengorak langkah besar sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan memperkenalkan 12 inisiatif baharu menerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia.
Pelancaran visi ini diumumkan dalam sidang akhbar bersempena Mesyuarat Majlis ASEAN-BAC ke-102 di sini, hari ini.
Majlis tersebut turut menyaksikan pengumuman 33 kerjasama strategik dan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) yang bertujuan memperkukuh integrasi ekonomi dan kerjasama serantau.
Pengerusi ASEAN-BAC Malaysia, Tan Sri Nazir Razak berkata, kepemimpinan Malaysia menawarkan peluang unik untuk merintis kerjasama serantau yang ...