IPOH: Exsim Hospitality Berhad (EHB) akan membangunkan pangsapuri servis dilengkapi perabot termasuk empat unit lot komersial di Jalan Sultan Idris Shah di sini.
Pengarah Eksekutif EHB, Paramjit Singh berkata, projek mengandungi 420 unit rumah tersebut dibangunkan dengan kerjasama EHB, Exsim Ipoh City dan Liew Yin Land Sdn Bhd.
Menurutnya, pangsapuri itu dibina di atas tanah seluas 0.52 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM230 juta.
“Pembinaan projek ini dijangka bermula pada tahun ini ...