TENOM: Saksi ke-15, Ketua Bahagian Perkhidmatan Teknologi Responsif Cybersecurity Malaysia, Mohd. Zabri Adil Talib, 46, memberitahu mahkamah bahawa kes membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew dirujuk kepada Cybersecurity Malaysia bagi mendapatkan pandangan kedua pakar.
Katanya, kes melibatkan pendakwah itu adalah kes berkepentingan tinggi dan mendapat liputan semua pihak.
Namun, beliau memberitahu tidak mengetahu apa-apa kaitan kes tersebut semasa meluluskan laporan forensik digital berkenaan.
Malah, sebelum laporan disahkan, beliau memaklumkan telah memeriksa laporan forensik digital yang telah dijalankan juruanalisis.
Beliau memberitahu perkara itu semasa menjawab ...