ALOR SETAR: Kerajaan Kedah mendesak agar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini diluluskan secepat mungkin bagi mengelak bahan mineral itu dieksport secara haram.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, walaupun Kedah sudah mengeluarkan SOP sendiri, namun aktiviti eksplorasi tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana terikat dengan undang-undang berkaitan pengeksportan bahan itu.
“Kita tunggu SOP Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Itu pun melengah-lengahkan juga. Dasar ...