BALIK PULAU : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggariskan lima sasaran utama yang diyakini dapat meningkatkan keberkesanan agenda Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di mata rakyat.
Katanya, antara sasaran itu termasuk melonjakkan potensi usahawan desa ke peringkat global, meningkatkan penyertaan anak Orang Asli dalam institusi pengajian tinggi (IPT) serta memperluaskan program pendidikan Islam melalui kesinambungan Program Pra-Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
“Kalau tahun lalu, seramai 446 anak Orang Asli berjaya memasuki universiti. Maka, tahun ...