MELBOURNE: Pemain Ukraine, Elina Svitolina meluahkan rasa tanggungjawab untuk memberikan ‘cahaya kecil’ kepada negara tercinta selepas menempah tempat di suku akhir Terbuka Australia dengan kemenangan 6-4, 6-1 ke atas Veronika Kudermetova, pagi tadi.
Pemain berusia 30 tahun itu ketinggalan 4-1 dalam set pertama, namun berjaya bangkit dengan menguasai lima permainan berturut-turut dan meletakkan satu kaki di suku akhir Melbourne Park untuk kali pertama dalam enam tahun.
Kudermetova yang menerima rawatan perubatan selepas tamat set pertama, gagal menghentikan kemaraan Svitolina yang tampil ...