Blog

“Awak Dah Rujuk Sebelum Ini Maksudnya Dah Bagi Dia Peluang”

Pelakon Diana Danielle mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya, aktor Farid Kamil.

Menerusi perkongsian di Instagram semalam, Diana memaklumkan akan memfailkan cerai terhadap suaminya.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan tindakan Diana yang memuat naik mengenai perkara itu kepada umum. Ada netizen mengatakan mereka tidak peduli dan perkara itu tidak sepatutnya diberitahu kepada umum.

Namun, ada yang beranggapan Diana berhak berbuat demikian kerana dia juga manusia biasa dan ada hak untuk meluahkan dimana-mana termasuk di media sosial miliknya.

Read More →
blank

“Suami Kena Dengar Cakap Isteri Kalau Nak Rumah Tangga Bahagia”

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra dipanggil Kak KM berpendapat suami perlu mendengar cakap isteri jika mahu rumah tangga bahagia.

Menurut Kak KM, seseorang lelaki mempunyai perangai mereka tersendiri dan suami perlu beralah serta mendengar cakap isteri jika mahu mencapai keharmonian rumah tangga.

“Tapi lelaki pun sebenarnya kena dengar cakap isteri kalau dia nak panjangkan usia perkahwinan sebab isteri tak pernah salah,” katanya.

Perkara itu dikongsikan oleh Kak Kam menerusi Insta Story yang dimuat naik pelakon Datin Umie Aida.

Katanya lagi, jika ...

Read More →
blank

“Hujung Tahun Dia Orang Ada Bonus” – Peniaga Gerai Pisang Goreng Bagi Gaji ‘Basic’ Pekerja RM2000 Buat Ramai Terkejut

Baru-baru ini, seorang peniaga pisang goreng telah menjadi perhatian ramai selepas mengetahui dia membayar pekerjanya gaji basic sebanyak RM2000, satu hal yang tidak dijangkakan buat netizen.

Peniaga pisang goreng bagi pekerja gaji RM2000

Dalam video tular di platform TikTok, pemilik gerai pisang goreng yang menjalankan perniagaan di Shah Alam itu berkongsikan bahawa dia membayar pekerjanya gaji sebanyak RM2000.

Lelaki tersebut mempercayai pekerja-pekerjanya berhak untuk dibayar sedemikian dan merasakan goreng pisang goreng dan melayan pelanggan setiap hari bukanlah satu perkara yang mudah.