KUALA TERENGGANU: Seramai 15,000 pegawai dan anggota termasuk petugas sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersiap siaga menjalankan penugasan Op Ramah di 5,648 kawasan berisiko banjir di seluruh negara.
Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, pasukan Op Ramah akan melakukan rondaan bermotosikal di lokasi termasuk kawasan perkelahan dan rekreasi untuk memberi peringatan serta nasihat supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini.
“Walaupun belum ada tanda-tanda banjir, APM tidak boleh rehat dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga.
“Penugasan Op Ramah kali ini ...