PETALING JAYA: Matrix Concepts terus mengukuhkan reputasinya sebagai pemaju terkemuka di Malaysia dengan pencapaian luar biasa apabila meraih empat anugerah di Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia 2024.
Ini adalah kali kelima Matrix Concepts diiktiraf di Anugerah PropertyGuru Asia yang berprestij, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam industri pembangunan hartanah.
Antara anugerah yang diterima termasuk, Anugerah Pilihan Rakyat, 10 Pemaju Teratas, Pemaju Komuniti Terbaik, Pembangunan Bertanah Gaya Hidup Terbaik – Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan serta Pembangunan Bertanah ...