MELAKA: Sebanyak 236 buah rumah disahkan terjejas berikutan bencana ribut dan hujan lebat yang melanda beberapa penempatan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, awal pagi semalam.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, bantuan tunai secara sekali bayar (one-off) berjumlah RM500 akan disalurkan segera kepada mangsa terlibat, selain bantuan awal seperti kit makanan dan keperluan asas.
Ujarnya, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Alor Gajah juga diarah mengumpulkan maklumat berkaitan nilai kerosakan kediaman dialami semua mangsa agar kerja-kerja ...