KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan terpaksa menyambung kerja-kerja memadamkan kebakaran di pusat pengumpulan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini yang sepatutnya ditamatkan petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Alam Nasut Ilias berkata, ia susulan pemeriksaan lanjut yang dilakukan mendapati bara api masih lagi wujud di lokasi kebakaran tersebut.
“Melihat kepada situasi itu, kami membuat keputusan untuk meneruskan operasi bagi memastikan api dipadamkan ...