KUALA TERENGGANU : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu merampas 77 ternakan kambing dan biri-biri dianggarkan bernilai RM98,500 yang dipercayai diseludup dari Thailand, semalam.
Pengarahnya, Dr. Anun Man berkata, rampasan dilakukan kira-kira pukul 11.30 malam di Kampung Padang Landak, Besut selepas penguat kuasa menahan sebuah lori yang mencurigakan.
“Hasil siasatan mendapati terdapat 77 kambing dan biri-biri yang disyaki untuk pasaran beberapa negeri selain Terengganu. Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 kerana melakukan kesalahan pemindahan ternakan tanpa kebenaran sah daripada pengarah ...