CYBERJAYA: Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang merupakan antara lima negeri yang dikesan berhadapan dengan masalah air tidak berhasil (NRW) tertinggi di negara ini.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago berkata, daripada kesemua lima negeri tersebut, Perlis merekodkan kadar NRW melebihi 60 peratus yang dikesan akibat kebocoran paip atau kecurian bekalan.
“Ini bermaksud bagi setiap RM100 yang dikeluarkan, RM60 itu hilang. Jadi mereka hilang lebih daripada 50 peratus daripada apa yang dikeluarkan, justeru ...