BAGAN SERAI: Polis menerima laporan berhubung seorang murid berusia 11 tahun yang didakwa dipukul oleh guru sekolahnya yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, laporan dibuat ibu kepada murid terbabit yang mendakwa anaknya cedera akibat dipukul seorang guru lelaki berusia 30 tahun pada 10 Disember lalu.
Beliau berkata, namun pengadu menarik semula laporan polis yang dibuat pada 11 Disember lalu dan enggan memanjangkan kes berkenaan.
“Bagaimanapun, baru-baru ini pengadu membuat satu laporan polis memohon pihak polis ...