Blog

Takut Keluarga Dapat Tahu, Pasangan Remaja Sumbat Mayat Bayi Mereka Yang Baru Lahir Dalam Beg

Kerana takut rahsia mereka terbongkar, pasangan remaja tergamak melakukan kekejaman terhadap bayi mereka yang baru sahaja dilahirkan.

Seorang remaja perempuan dan kekasihnya ditahan polis selepas disyaki menyembunyikan kelahiran dengan menyumbat bayi yang baru lahir ke dalam beg dan menyebabkan kematiannya.

Kejadian berlaku di Telok Kemang, Port Dickson semalam dan perbuatan mereka terbongkar selepas polis menerima panggilan kecemasan dari Hospital Port Dickson pada jam 11.14 pagi tentang pesakit perempuan berusia 18 tahun melahirkan anak namun bayinya gagal dikesan.

Read More →
blank

Keys kejutkan Swiatek

MELBOURNE: Pemain Amerika Syarikat (AS), Madison Keys mencipta kejutan dengan menewaskan pilihan kedua, Iga Swiatek, 5-7, 6-1, 7-6(8), untuk mara ke final Terbuka Australia, sebentar tadi.

Pemain pilihan ke-19 itu akan berdepan juara bertahan dua kali, Aryna Sabalenka, pada aksi final Sabtu ini.

“Saya berada di final! Perlawanan itu sangat sengit dan dia (Swiatek) bermain dengan begitu baik.

“Saya berasa seperti hanya berjuang untuk terus bertahan dan berjaya menguasai set kedua, manakala set ketiga adalah pertarungan hebat.

“Untuk berada di sini dan mara ...

Read More →
blank

Polis terima laporan dakwaan murid dipukul guru

BAGAN SERAI: Polis menerima laporan berhubung seorang murid berusia 11 tahun yang didakwa dipukul oleh guru sekolahnya yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, laporan dibuat ibu kepada murid terbabit yang mendakwa anaknya cedera akibat dipukul seorang guru lelaki berusia 30 tahun pada 10 Disember lalu.

Beliau berkata, namun pengadu menarik semula laporan polis yang dibuat pada 11 Disember lalu dan enggan memanjangkan kes berkenaan.

“Bagaimanapun, baru-baru ini pengadu membuat satu laporan polis memohon pihak polis ...

Read More →
blank

Aina Abdul Sedih Dengan Dakwaan Man Bai, Akan Kerja Keras Hasilkan ‘Killer Song’

Penyanyi popular Aina Abdul berkata dia sedih dengan dakwaan penyanyi Man Bai yang mengatakan Aina tidak mempunyai ‘killer song’ atau lagu malar segar untuk diingati peminat.

Memetik Harian Metro, Aina berkata sepanjang bergelar penyanyi. dia bekerja keras untuk untuk menjadikan lagu-lagunya seperti Sumpah, Semalam, Sepi dan Terus Hidup sebagai ‘killer song’.

BACA:

“Sudah tentu saya sedih dengan dakwaan abang Man Bai itu, tetapi saya tidak tahu konteks temubual itu (temubual Man Bai bersama pihak media) sebelum ini. Jadi, saya enggan jadikan isu ...

Read More →
blank

Netizen Dakwa Sophia Albarakbah Sengaja Tayang Lurah

Pelakon jelita Sophia Albarakbah menjadi perhatian apabila satu video dikongsikan oleh jurusolek mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Sophia menunjukkan hasil solekan daripada jurusolek berkenaan. 

BACA: “Sophia Manja, Bahaya Kalau Lelaki Kurang Iman, Tergugat” – Remy Ishak

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah penampilan Sophia yang dikatakan mencolok mata kerana mengenakan baju yang mendedahkan bahagian dadanya.

Seperti sudah dijangka, penampilan Sophia itu dikecam oleh netizen serta ada yang mengatakan wajahnya sudah ...

Read More →
blank

Suspek Kebakaran Berantai Akhirnya Ditahan, Sering Dibuli & Dipulau Punca Bakar 9 Rumah Penduduk

Dalam perkembangan siasatan kes kebakaran misteri yang berlaku secara bersiri sejak Disember tahun lalu di Kupang, Baling, polis akhirnya menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat.

Menurut Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh, hasil siasatan pihaknya mendapati dendam dipercayai menjadi punca lelaki itu bertindak membakar sembilan rumah di Kupang dekat sini sejak hujung bulan lalu hingga awal bulan ini.

Ketua ...</p></div><a class= Read More →

blank

Dikecam Nampak Rambut Ketika Bersukan, Sasha Abdul Aziz Bersuara – “Jangan Serabut Boleh? Bersukan Memang Sis Macam Ni”

Susulan dikecam netizen, usahawan serta personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz meminta orang ramai untuk tidak sibuk dengan cara pemakaiannya ketika bersukan.

Dikecam hanya bertopi ketika bersukan

Dapat dilihat di platform Instagram, Sasha meluahkan dirinya berasa kurang senang dengan tindakan sesetengah individu yang menganggap dia sudah tidak berhijab kerana hanya memakai topi sewaktu bersukan.

Korang ni jangan serabut serabut boleh? Saya tak ada pula nak buka hijab, saya dari dulu walaupun dah bertudung saya akan pakai topi atau hoodie waktu bersenam. Jadi, ...

Read More →
blank

KPKM ada langkah pastikan keberadaan beras putih tempatan, tunggu persetujuan kerajaan

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti supaya rakyat mendapat maklumat tepat.

KPKM dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya sentiasa komited untuk mencari penyelesaian terbaik melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras secara menyeluruh.

“Ini bagi meningkatkan daya saing industri, memperkukuh kebajikan pesawah serta menjamin bekalan beras negara.

“Langkah-langkah yang bakal diambil bagi memastikan keberadaan Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran akan dimaklumkan setelah perincian mengenainya dipersetujui kerajaan,” katanya hari ini.

Ia susulan ...

Read More →
blank

Arif-Roy King ‘tunjuk’ Ahsan-Hendra jalan pulang buat selama-lamanya

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King mencipta kejutan apabila menumpaskan pasangan berpengalaman tuan rumah, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada perlawanan pusingan kedua Indonesia Masters 2025 di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.

Pada aksi yang mendebarkan itu, Arif-Roy King tidak mempunyai masalah untuk mencatat kemenangan ke atas bekas juara dunia 2013 itu pada set pertama 14-21.

Set kedua menyaksikan, Ahsan-Hendra kelihatan ‘letih’ untuk melayan pukulan beregu No. 20 dunia itu susulan dimamah usia sekali gus turut tewas 13-21.

Arif-Roy King seterusnya ...

Read More →
blank

Aina Abdul Belum Ada ‘Killer Song’, Hanya Kenal Nama, Bukan Lagu

Penyanyi Man Bai berkata dia berpendapat Aina Abdul dan Ernie Zakri memiliki bakat nyanyian luar biasa serta menghormati kedua-dua penyanyi itu.

Memetik Utusan, bagaimanapun dia berpendapat Aina perlu ada ‘killer song’ iaitu lagu malar segar yang boleh bertahan dalam jangka masa yang panjang.

BACA: “Gegar Vaganza Hanya Malukan Penyanyi” – Man Bai

Menurut penyanyi Kau Ilhamku itu lagi, dia tidak tahu lagu hit nyanyian Aina dan hanya tahu namanya sahaja.

“Dalam industri, seorang penyanyi perlu ‘killer song’. Saya suka ...

Read More →
Page 760 of 2,281 «...730740750758759760761762...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X