Blog

Lelaki Israel: Lagi suspek diburu polis

PETALING JAYA: Polis memburu beberapa suspek yang boleh membantu mengenal pasti motif sebenar lelaki Israel, Avitan Shalom yang berdepan dua pertuduhan membabitkan pemilikan senjata api.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, walaupun orang kena tuduh (OKT) telah pun dituduh atas pemilikan senjata api, namun siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif sebenar.

Ini kerana kata beliau, terdapat suspek yang masih belum ditangkap.

“Seramai tujuh daripada 13 individu yang ditahan sebelum ini masih ...

Read More →

Peguam enggan dedah pihak melantiknya

KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili warga Israel, Avitan Shalom enggan mendedahkan pihak yang melantiknya untuk lelaki berkenaan.

Peguam, Navinjit Singh juga enggan memberitahu media ketika ditanya sama ada beliau dihubungi secara terus atau melalui firma guamannya.

Terdahulu, pihak media yang berkumpul sejak pukul 7 pagi dimaklumkan terpaksa menunggu lebih lama kerana bagi menunggu kehadiran peguam tersebut yang dikatakan daripada Pulau Pinang.

Media hanya dibenarkan masuk ke dewan Mahkamah Sesyen yang mendengar prosiding pendakwaan terhadap Avitan ...

Read More →

Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir Kejohanan Asia 

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan gandingan tuan rumah, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi pada peringkat lapan terbaik Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China, sebentar tadi.

Pasangan No. 5 dunia itu melakar kemenangan straight set 21-14, 21-15 ke atas beregu kelapan dunia tersebut dalam masa 30 minit.

Pada separuh akhir, esok, Aaron-Wooi Yik berpeluang berdepan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani, sekiranya mereka berjaya mengejutkan ...

Read More →

“Tu Tempat Kita Ingat Mati..” – Pakai Baju Barbie ‘Ropol-Ropol’ Ziarah Kubur, Influencer Buat Netizen ‘Sakit Mata’

Sebelum ini ‘influencer’ Prince Syed pernah tular susulan menjahitkan telekung mewah yang dipenuhi dengan batu Swarovski untuk dihadiahkan kepada isteri.

Lawat kubur pakai baju Barbie

Terbaru, Prince Syed dan isteri menjadi perhatian selepas memuat naik video di laman media sosial memaparkan diri mereka memakai baju Barbie sewaktu menziarahi kubur.

Kata Prince Syed, dia telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM4000 untuk 4 pasang baju bertemakan Barbie.

Read More →

Pekerja cemas kedai emas cuba dirompak

MACHANG: Sekumpulan pekerja sebuah kedai emas di sini berdepan detik cemas selepas premis berkenaan cuba dirompak dua lelaki menggunakan senjata api semalam.

Bagaimanapun kesemua mangsa selamat dan premis berkenaan tidak berdepan kerugian. 

Ketua Polis Daerah Machang Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.20 petang.

Menurutnya, semasa kejadian kedua-dua lelaki berpakaian hitam, seluar jeans, bertopi dan memakai pelitup muka serta sarung tangan.

“Pada masa sama, terdapat saksi ...

Read More →

Tiga pegawai kanan polis naik pangkat, bertukar

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran pegawai kanan serta kenaikan pangkat berkuat kuasa pada 13 Mei ini. 

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Alzafny Ahmad berkata, pertukaran itu melibatkan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad.

Menurut Alzafny, Hamzah akan menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu.

“Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Urus Setia Pejabat ...

Read More →

“Terima Kasih Sayang Saya Seperti Anak Sendiri..” – Sebak Beraya Bersama Mertua, Puteri Sarah Bersyukur Masih Diterima

Walaupun sudah tidak bersama, pelakon Puteri Sarah Liyana diketahui masih menjalin hubungan baik dengan keluarga mertua iaitu ibu bapa kepada bekas suaminya, pengarah Syamsul Yusof.

Sarah juga kelihatan datang berkunjung ke rumah mertuanya Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Patimah Ismail pada hari raya kedua semalam.

Sebak ketika bersalaman

Dalam pada itu, lebih menyayat hati adalah ketika aktres tersebut berkongsi momen bersalaman dengan ibu bapa mertuanya sempena hari raya. Terlihat juga Patimah yang turut menitiskan air mata ketika memeluk Sarah serta cucu-cucunya.

Sayang ...

Read More →

Nak Tahu Bahan Semula Jadi Paling Power Untuk Kulit? Jawab Kuiz Ini

Pernah dengar tak ayat ‘Kita adalah apa yang kita makan’? Makanan yang jadi pilihan akan menentukan apa yang kita akan jadi. Tapi tahu tak, selain untuk dimakan, ada bahan makanan yang ada fungsi lebih dari itu?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam tumbuhan semula jadi ini bukan sahaja berkhasiat sebagai makanan, tapi sangat bermanfaat sebagai bahan penjagaan kulit juga tau.

Uji pengetahuan korang dengan menjawab soalan kuiz ini: