KUANTAN: Seorang lelaki Cina dikhuatiri lemas berhampiran jeti Balok di Sungai Balok di sini ketika sedang mencari kepah kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa yang berusia lingkungan 57 tahun sedang bercuti di kawasan itu bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Ketika mangsa sedang mencari kepah ketika itu air sungai mulai surut, namun begitu mangsa tetap meneruskan aktiviti mencari kepah.
“Dalam tempoh itu, mangsa tidak menyedari bahawa air sungai ...