PETALING JAYA: Pemain skuasy negara, Rachel Arnold melakar kemenangan cemerlang apabila menewaskan pilihan ketiga dari Mesir, Farida Mohamed dalam perlawanan akhir Terbuka China, hari ini.
Kejayaan ini mengukuhkan lagi kedudukan Rachel dalam arena skuasy antarabangsa, selepas turut menewaskan pilihan utama, Rowan Elaraby dari Mesir, Jumaat lalu.
Pemain berusia 28 tahun itu menampilkan aksi terbaik mengawal permainan sepanjang 28 minit dengan keputusan 3-0 (11-5, 11-8, 11-8).
Aksi Rachel yang konsisten dan bertenaga menjadi faktor utama kemenangannya di Shanghai serta turut menguasai rentak permainan ...