ARAU: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Kebudayaan negeri, Abu Bakar Hamzah mengadakan lawatan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di sini sebagai salah usaha mengeratkan kerjasama antara institusi pendidikan khusus dalam sektor pelancongan.
Ia juga sebagai persediaan selain melihat peluang kerjasama antara kerajaan negeri dan PTSS dalam merancakkan Tahun Melawat Perlis (TMPs) yang dilanjutkan hingga tahun depan.
Hadir sama dalam perjumpaan tersebut, Pengarah PTSS, Ts. Khairul Anuar Ishak dan Penasihat Industri Diploma Pengurusan Acara PTSS, Ku Hasrin Ku Abdul Rahman yang ...