PETALING JAYA: Bank Rakyat dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM100,000 bagi memanfaatkan 1,000 orang pelajar daripada 45 buah sekolah menerusi Program Jangkauan Komuniti Madani Bank Rakyat: Kembali Ke Sekolah di Sarawak.
Inisiatif ini melibatkan pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar Daerah Kuching, Lundu, Bau dan Padawan bagi memberikan keceriaan kepada mereka untuk memulakan sesi persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menegaskan sokongan padu beliau terhadap pelaksanaan lebih ...