Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai peserta Gegar Vaganza musim ke-11, akhirnya terjawab apabila diumumkan 14 peserta yang akan menyertai rancangan televisyen popular itu.
Penyanyi Ning Baizura, Ronnie Hussein, Reshmonu dan Liza Aziz antara peserta yang bertanding. Penyanyi lain yang turut terlibat ialah Illa Sabry, Sheila Abdull, Fairuz Selamat, Arrora Salwa, Zehra Zambri dan Nai Dinamik.
Empat penyanyi dari Indonesia dan Singapura ditampilkan kali ini iaitu kumpulan The Lima, vokalis Dadali Dyrga, Inka Christie dan Yazid Lovehunters.
Difahamkan, GV11 kali ini kembali ...