Penyanyi terkemuka, Ziana Zain menganggap tidak layak untuk digelar Biduanita Negara dan berpendapat lebih ramai tokoh-tokoh senior yang lebih sesuai untuk mendapat gelaran tersebut.
Baru 35 tahun dalam dunia seni
Hal tersebut ekoran hantaran para peminat di laman X yang meminta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga peminat Siti Nurhaliza untuk menobatkan penyanyi nombor satu Malaysia itu sebagai Biduanita Negara.
Selain Siti, Datuk Sheila Majid dan Ziana juga antara nama-nama layak diberi gelaran Biduanita Negara. Namun Ziana berkata dirinya masih baru dalam ...