PUTRAJAYA: Kehadiran para ulama dari pelbagai negara di sini selama 11 hari membuktikan kejayaan Malaysia dalam usaha mengangkat martabat syiar Islam.
Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, ia turut menunjukkan semangat tinggi persaudaraan umat Islam sejagat.
“Bahkan, kehadiran ulama mencerminkan komitmen kita mempertahan kesatuan ummah,” kata beliau ketika merasmikan Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 yang dihadiri lebih 2,000 orang yang berlangsung sehingga 21 ...