MELAKA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bagi memberikan keterangan dalam prosiding berhubung beberapa isu melibatkan kementerian itu.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, selain isu kelewatan pemasangan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kerugian RM500 juta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam urusniaga jual beli saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) juga akan diberi perhatian.
Menurutnya, PAC telah membuat senarai prosiding menjelang minggu kedua Februari ...