TELUK INTAN: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai himpunan yang akan diadakan di Menara Condong pada Sabtu ini, kerana perhimpunan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pemilik tempat berhimpun.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, sebagai pemilik premis tersebut, Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) tidak memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan perhimpunan di lokasi itu atas faktor ketidaksesuaian tempat berhimpun.
“Pada Isnin (kelmarin), pihak polis menerima permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman dan kebenaran mengadakan program mengibarkan ...