Semalam, kecoh di laman media sosial selepas wanita bernama Sarah Yasmine mendedahkan mesej-mesej ‘plan jahat’ Aliff Aziz dan Ruhainies di Instagram Story.
Hal ini lagi menjadi besar apabila terdapat beberapa nama yang didakwa turut menyokong kedua-dua individu itu dan antaranya ada nama Caprice.
Caprice bersuara
Dalam mesej tersebut Caprice dikatakan telah menasihati Aliff Aziz untuk tidak menceraikan Bella Astillah serta menyuruhnya membagikan gambar dan mesej isteri bersama skandal iaitu Muaz ke pihak polis.