Blog

Seperti hilang seorang abang – Jamal Abdillah

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah, menyifatkan pemergian komposer, S Atan sebagai berita yang menyedihkan, apalagi dia sudah menganggap arwah seperti abangnya sendiri.

Bercerita lanjut mengenai keperibadian S Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, Jamal menyifatkan lagenda itu seorang yang tegas dan serius terhadap kerjayanya sebagai seorang pemuzik.

“Secara peribadi, saya menganggap arwah seperti abang sendiri.

“Dalam studio dia agak tegas dengan penyanyi baru. Namun kami sudah lama bekerjasama, jadi dia tahu cita rasa kami dan memberi ruang untuk saya mengalunkan lagu ...

Read More →

Bukan hanya lagu Syamel, banyak lagu yang saya suka juga tidak ke AJL

PETALING JAYA: Ketua juri Separuh Akhir Muzik Muzik ke-39 (SFMM39), Edry Abdul Halim, menyifatkan semua lagu yang dipertandingkan di pentas itu sebagai berkualiti walaupun hanya 10 lagu yang layak ke kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun hadapan.

Menurut Edry, bukan hanya lagu nyanyian Syamel, malah terdapat beberapa lagu pilihannya juga tidak Berjaya melangkah ke edisi ke-39 anugerah berprestij itu.

“Setiap lagu ada peluang dan rezeki masing-masing. Ada yang ‘meletup’ dalam TikTok, YouTube dan menjadi runut bunyi drama. Kita tidak boleh pertikaikan ...

Read More →
blank

Jangan putar belit, didik rakyat dengan kebenaran

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli politik khususnya dari parti berteraskan Islam agar tidak memutarbelitkan fakta demi agenda tertentu. 

Sebaliknya, beliau menyeru agar rakyat dididik dengan hujah yang adil dan berdasarkan kebenaran.  

“Sebagai Ahli Parlimen, kita perlu mengelak daripada memperbodoh rakyat. Pendirian Malaysia jelas, kita tidak pernah mengiktiraf Israel, malah sentiasa tegas dalam mempertahankan hak rakyat Palestin,” kata beliau menerusi laman media sosial miliknya.

Anwar turut menafikan dakwaan bahawa Malaysia ...

Read More →
blank

Shuib Saman Pengguna TikTok Atas Dakwaan Fitnah Tidak Berasas Dan Melampaui Batas – “Nanti Nak Bercakap Pun Terketar-Ketar”

Shuib, pelawak dan usahawan, kecewa dengan seorang pengguna media sosial yang menyebarkan kenyataan palsu mengenai pemilikan syarikatnya, Bubblebee Sdn. Bhd. (Bubblebee).

Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 40, menganggap tuduhan tersebut tidak berasas dan boleh menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada syarikatnya.

Saya akan mengambil tindakan (saman) ke atas ...

Read More →
blank

Enam PATI ditahan semasa menunggang motosikal

KOTA BHARU: Seramai enam pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan semasa selepas menunggang motosikal sekitar bandar ini dan Bachok di sini kelmarin.

Operasi itu dilakukan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada pukul 4 petang.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Pengurusan) Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, kesemua PATI terdiri dari dua lelaki warga Bangladesh dan masing-masing satu lelaki warganegara Indonesia,India, Myanmar serta Kemboja.

“Kesemua mereka telah dibawa ke Depot ...

Read More →
blank

Tiada kes tembakan, rompakan kedai emas

SEGAMAT: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat menafikan laporan ada memberi amaran berhubung kehadiran beberapa individu yang merompak dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api di sebuah kedai emas di Labis, Segamat, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya berjaya mengesan laporan yang tular di media sosial melalui aplikasi WhatsApp sejak pagi semalam.

“Laporan palsu yang tular di media sosial sejak semalam itu turut memaparkan yang kononnya kejadian terbabit berlaku di Labis.

“Laporan berkenaan turut memaklumkan terdapat beberapa lelaki ...

Read More →
blank

Kes bauksit: Dipercayai ada unsur penyelewengan

KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyaki terdapat unsur penyelewengan berhubung kegiatan memunggah keluar hasil galian yang dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur yang sah di sekitar Kuantan, Pahang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kes berkenaan dalam peringkat sitaan akaun syarikat terlibat yang dikatakan memunggah hasil galian itu ke Terengganu. 

Katanya, seramai tiga individu telah ditahan termasuk seorang bergelar Datuk Seri iaitu watak utama dalam kegiatan tersebut.

“Kita dapati ada unsur ...

Read More →
blank

Pakaian jururawat, SPRM sedia siasat perolehan kontrak RM98.3 juta

KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan menjalankan siasatan isu perolehan kain pakaian seragam jururawat bernilai lebih RM98.3 juta, yang kualitinya didakwa kurang baik.

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan meneliti dakwaan berkenaan sekiranya aduan sampai kepada suruhanjaya terbabit.

“Saya belum terima dakwaan ini kalau sekiranya sampai pada saya akan teliti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Menembak SPRM Bersama Media di sini, hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia ...

Read More →
Page 698 of 1,936 «...670680690696697698699700...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X