PETALING JAYA: Selangor FC terus menunjukkan taringnya dalam saingan Liga Super apabila membenam Sri Pahang 2-0 dalam aksi penuh dramatik di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.
Gergasi Merah yang tampil garang di hadapan penyokong sendiri hanya memerlukan 14 minit untuk membocorkan benteng lawan menerusi sentuhan berbisa Ali Olwan.
Pemain Jordan itu memperdayakan barisan pertahanan Tok Gajah sebelum melepaskan rembatan deras yang gagal diselamatkan penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin.
Skuad kendalian Katsuhito Kinoshi terus mengasak dan hasilnya, mereka menggandakan kelebihan ...