KOTA KINABALU: Sejumlah 989 orang mangsa banjir masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara/kekal (PPS/PPK) di empat daerah di negeri ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi, bilangan penduduk yang terjejas banjir meningkat sebanyak 268 orang berbanding 721 orang mangsa yang dilaporkan semalam.
Daerah yang paling ramai terjejas banjir adalah Beaufort dengan 538 orang mangsa daripada 177 keluarga dipindahkan ke PPK Dewan Selagon dan PPS Dewan Bisaya.
Sementara di Kinabatangan pula, seramai 278 orang ...