PONTIAN: Beberapa lokasi yang jarang dilalui orang ramai di Mukim Api-Api, dekat sini dijadikan tempat pembuangan sampah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Seorang penduduk, Kamari Kayon, 60, berkata, antara laluan tersebut ialah Jalan Parit Haji Zain Darat ke Kampung Sungai Naga dan Jalan Parit Terus ke Kampung Parit Dato’ Onn.
Katanya, sampah-sarap yang dibuang termasuk sisa makanan dari kedai runcit, kedai makan, para peniaga pasar malam dan kediaman sehingga menyebabkan bau busuk terutamanya pada waktu hujan selain dihurung ...