Blog

Ketua balai polis positif dadah ketika berhibur ditahan

PETALING JAYA : Polis mengesahkan penahanan seorang ketua balai polis selepas berhibur dan mengambil jus disyaki mengandungi dadah di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, dekat sini pada Jumaat lalu.

Penahanan pegawai kanan berusia 43 tahun itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada pukul 5.05 petang selepas pemeriksaan mengejut haail aduan dan maklumat.

Malah ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin, benzo.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan ...

Read More →

Akmal mendahului Ketua Cabang Keadilan Johor Bahru

 

JOHOR BAHRU : Keputusan tidak rasmi menunjukkan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berpeluang cerah mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Johor Bahru pada pemilihan parti selepas memperoleh 949 undi.

Mengikut kemas kini sehingga 5.27 petang tadi, Akmal memperoleh 949 undi daripada 1,789 pengundi yang berdaftar, sekali gus memperoleh majoriti mudah.

Bagaimanapun, keputusan rasmi pemilihan kali ini tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu, pihaknya telah melantik Ketua Tempat Mengundi (KTM) ...

Read More →
blank

“Tak Adil Langsung. Sejak Bercerai Makan, Tempat Tinggal Semua Tak Peduli” – Abby Abadi Kesal Norman Hakim ‘Lepas Tangan’ Isu Anak

Melalui platform Threads, pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mengakui berasa sedih dengan isu yang dihadapinya ketika ini, lagi-lagi bekas suami iaitu Norman Hakim seakan-akan tidak kisah mengenai isu anak mereka, Marissa Dania.

Norman Hakim tak bertanggungjawab & ‘lepas tangan’ isu anak?

Kata Abby di akaun Threadsnya, Norman sama sekali tidak pedulikan keperluan anak ataupun menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa sejak mereka bercerai.

blank Read More →

blank

1,383 rakyat Negeri Sembilan tunai haji tahun ini

SEREMBAN: Seramai 1,383 rakyat Negeri Sembilan bakal menunaikan ibadah haji pada Musim Haji 1446H/2025 Masihi.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia melibatkan seramai 569 bakal haji lelaki dan 814 bakal haji wanita.

Menurutnya, sebagai tetamu Allah tahun ini, bakal jemaah hendaklah menanam keazaman yang tinggi untuk meraih ganjaran haji mabrur dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap ibadat ketika berada di tanah suci. 

“Hindari perkara-perkara yang merugikan dan membuang masa kerana peluang untuk bergelar ...

Read More →
blank

Keputusan Wan Norashikin sertai Pas tidak mengejutkan

TAPAH: Keputusan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampong Gajah, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin menyertai Pas bukan perkara mengejutkan.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tindakan bekas Ketua Wanita UMNO itu sememangnya sudah dijangka oleh kepimpinan parti.

“Kami sudah jangka lama jadi ia tidak mengejutkan. Semalam pun adalah tarikh yang kita sudah jangka.

“Saya bukanlah seorang kasyaf tapi saya ada ‘sixth sense’ (deria keenam), saya tahu baca reaksi manusia. Saya beritahu kepada Ketua Wanita UMNO yang saya tidak ...

Read More →
blank

‘Influencer’ Indonesia Jatuh Sakit Secara Mengejut Lepas Buat Lawak Tak Jumpa Arah Kiblat Di Mekah – “Sesak Nafas, Jantung Berdebar Laju”

Baru-baru ini, kisah seorang influencer Indonesia yang bernama Arif Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mak Beti sewaktu menunaikan ibadah umrah telah menarik perhatian ramai.

Bahana buat lawak tak bertempat

Kongsi Mak Beti, dirinya jatuh sakit secara mendadak selepas membuat jenaka mengenai dirinya tidak pasti arah kiblat ke arah mana, sedangkan hotel yang didiami betul-betul mempunyai ‘view’ Kaabah.

Bahkan, dia turut menyuarakan rasa kurang senang terhadap penepatan arah kiblat hotel tersebut.

Beginikah hotelnya? Jadi kalau saya nak solat, dan saya sakit, ke arah mana saya perlu ...

Read More →
blank

Terperangkap 18 jam di balkoni, wanita warga emas guna baju sebagai isyarat kecemasan

SEOUL: Seorang wanita warga emas di Korea Selatan diselamatkan selepas terperangkap selama 18 jam di balkoni pangsapurinya di tingkat 13.

Menurut Balai Polis Jongno, Seoul, wanita berusia lingkungan 70-an itu diselamatkan sekitar pukul 10 pagi dalam kejadian yang berlaku pada 10 April lalu.

Kejadian bermula ketika mangsa yang tinggal bersendirian di sebuah kompleks pangsapuri berhampiran Stesen Dongnimmun, keluar ke balkoni rumahnya untuk menyiram pokok.

Namun, ketika mahu masuk semula ke dalam rumah, pintu balkoni tiba-tiba terkunci menyebabkan dia terperangkap di luar rumah.

Di ...

Read More →
blank

Jadi orang tengah kes di Raub ganggu penguatkuasaan undang-undang

BAGAN SERAI: Tindakan DAP cuba menjadi orang tengah dalam isu pencerobohan tanah kerajaan di Raub, Pahang mengganggu proses penguatkuasaan undang-undang yang sedang berjalan.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad mempersoalkan sama ada tindakan DAP itu merupakan satu campur tangan terhadap tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap penceroboh tanah kerajaan.

Menurutnya, pencerobohan tanah adalah perkara yang membabitkan pelanggaran undang-undang dan bukan isu perkauman.

“Saya harap DAP kalau betul nak jadi orang tengah, jadilah juga orang tengah dalam kes rompakan, pembunuhan, lanun dan sebagainya. Kalau ...

Read More →
blank

“Kaya Tapi Bodoh, Kau Yang Gila Glamour!”

Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menafikan dakwaan mencari publisiti murahan apabila dilihat sering memuat naik gambar abangnya bersama isteri barunya iaitu Bonda Rozita.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Rebecca memberikan penjelasan untuk membersihkan nama baiknya dan juga keluarganya.

BACA: Buat Istikharah Sebelum Terima Lamaran Suami, Bonda Rozita Tak Pernah Sebahagia Ini

Meskipun tidak menyebut nama individu tersebut namun kedengaran suara dalam rakaman adalah milik isteri Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida.

Menurutnya lagi, baginya tiada masalah untuk dia berkongsikan ...

Read More →
blank

“Datin Tak Bodoh, Yang Bodoh Tu Awak”

Hangat diperkatakan mengenai kenyataan pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam susulan dakwaan dia menumpang populariti perkahwinan abangnya dengan Bonda Rozita.

Terbaru, anak kepada bonda Rozita iaitu  Maryam Nur Imani tampil membidas kenyataan Rebecca itu serta beranggapan kenyataan pelakon itu seolah sedang bercakap kepada diri sendiri.

BACA: “Kaya Tapi Bodoh, Kau Yang Gila Glamour!” – Rebecca Nur Al-Islam Selar Shahida

blank

Dalam hantaran ...

Read More →
Page 68 of 1,957 «...4050606667686970...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X