JEMPOL: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit nahas dengan sebuah kereta di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, berhampiran Kampung Air Bong, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, penunggang motosikal, Mohammad Daud Karim, 28, dan isterinya, Murni Siong, 40, beralamat di Kampung Parit Gong, Pertang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis ...