Blog

Cross: ketika musuh sebenar kita bukan manusia

KETIKA Ben Watkins memilih menjelmakan buku karangan penulis prolifik, James Patterson ke layar, dia sememang tahu bahawa karya ini wajib menjadi sebuah siri ikonik. Selepas episod pertama dimainkan, saya tidak menyangka bahawa sentuhan Ben untuk siri Cross tayangan Prime Video, boleh tahan candunya.

Di awal penceritaan, saya hanya menyangka Cross tidak kurang lebih hanya mengusung satu tema sahaja iaitu pertembungan moral dan stereotaip bangsa kulit hitam untuk dicerakinkan dan dibincangkan dalam lapan episod tayangan.

Namun begitu, selalu ada percaturan ...

Read More →

Misai Mierul Aiman ‘mahal’ – Utusan Malaysia

Cik Bunga sempat juga tengok ‘live’ aktor muda ini baru-baru ini di Tik Tok. Kebetulan sahaja sebab Cik Bunga susah nak lelap mata ada satu malam itu.

Ternampak pelakon ini sedang buat live, Cik Bunga pun masuklah tengok apa yang dibualkan, sambil tengok macam mana Mierul melayan pengikut dan peminatnya di ruangan itu.

Biasalah, dah namanya live, mestilah macam-macam soalan ditanya dalam ruangan itu. Namun dalam banyak-banyak, Cik Bunga perasan ada ramai juga kalangan peminat wanita bertanyakan mengenai penampilan Mierul ...

Read More →
blank

Mana KB Sentral, peruntukan RM37.4 juta telah diluluskan-soal pembangkang

KOTA BHARU: Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Mohd. Syahbuddin Hashim mempersoalkan kenapa kerja-kerja pembinaan KB Sentral yang masih belum berjalan walaupun peruntukan terkumpul RM37.4 juta telah diluluskan bermula tahun tahun lalu sehingga kini.

Beliau berkata, penukaran tiga syarikat pelaksana daripada Widad kepada Perak Transit yang kemudiannya diarah supaya menyerahkan projek tersebut kepada syarikat China Communications Construction Company (CCCC) secara perundingan terus turut menimbulkan persoalan.

“Isu ini penting kerana KB Sentral sudah ...

Read More →
blank

Lebih 30% Rakyat Malaysia Akui Lebih Sukar Nak Cari Pekerjaan Berbanding Cari Pasangan Hidup

Melalui laporan Rnggt, sebanyak 34% rakyat Malaysia yang membuat tinjauan pasaran pekerjaan bersama Jobstreet by SEEK mengakui kini lebih susah mahu mencari pekerjaan yang bersesuai berbanding mencari pasangan hidup.

Terlalu mencabar nak cari kerja

Difahamkan, cabaran yang dihadapi bukan saja dari segi bidang yang dipelajari tetapi keperluan pengalaman dan kemahiran khusus turut menyukarkan mereka untuk mencari pekerjaan yang diidamkan.

pekerja

Read More →
blank

Pengenalan Pekeliling RKB panduan utama reformasi perkhidmatan awam

KUALA LUMPUR: Pekeliling Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) kini menjadi panduan utama bagi semua agensi awam dalam usaha mengurangkan beban peraturan tidak wajar terhadap rakyat dan perniagaan, sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menegaskan, pelaksanaan RKB akan memperkukuh usaha reformasi pentadbiran melalui pelaksanaan 500 projek RKB yang dirancang pada 2025, dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.

“Pekeliling ini memberikan panduan jelas kepada agensi awam untuk memastikan setiap ...

Read More →
blank

PDRM beri kupon diskaun dalam talian elak kaunter bayaran saman sesak

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan kupon diskaun khas kepada pengunjung Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 hari ini bagi melancarkan operasi pembayaran saman di kaunter.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kupon itu dapat digunakan bagi menjelaskan saman secara dalam talian yang membantu menjimatkan masa dan mengurangkan kesesakan di kaunter pembayaran secara fizikal.

Kata beliau, pembayaran boleh dibuat melalui aplikasi MyBayar ...

Read More →
blank

Tersasul Doa Nak 4 Isteri, Netizen Beri ‘Pesanan’ Buat Zul Ariffin – “Amboi.. Sorang Pun Tak Lekat Lagi”

Melalui Instagram pelakon, Zul Ariffin, dia ada memuat naik satu video yang memaparkan gelagatnya berdoa agar dikurniakan jodoh sewaktu mengerjakan ibadah umrah di Mekah telah mencuri perhatian ramai.

Dalam video tersebut, pelakon terbabit selamba berdoa agar dirinya dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita.

Allahumma Zawwijni Arba’a (Ya Allah kurniakanlah daku empat orang isteri).

Read More →
blank

Mangsa banjir di Kelantan bertambah

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin bertambah dengan Sekolah Kebangsaan (SK) To’Deh, Rantau Panjang menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) yang terbaharu diaktifkan selepas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, Bachok.

Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri berkata, setakat pukul 4 petang semalam seramai 76 mangsa daripada 19 buah keluarga itu berlindung di kedua-dua PPS tersebut.

“PPS SK To’Deh diaktifkan pada pukul 9.30 pagi tadi (semalam) yang menempatkan 32 mangsa daripada tujuh keluarga.

“Setakat ini dua batang sungai iaitu ...

Read More →
blank

Penerbangan MH79 dari Hong Kong ke KL dilencongkan ke Ho Chi Minh City

PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan penerbangan MH79 dari Hong Kong (HKG) ke Kuala Lumpur (KUL) telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Ho Chi Minh City (SGN) akibat isu teknikal semasa penerbangan.

MAS dalam kenyataan hari ini berkata, juruterbang bertugas membuat keputusan untuk melencongkan penerbangan demi kepentingan keselamatan semua penumpang.

Selain itu, ia bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi asal, Kuala Lumpur. Pada setiap masa, keselamatan penumpang tidak pernah dikompromi.

Penerbangan yang membawa 147 penumpang dan tujuh anak ...

Read More →
blank

Verstappen juara dunia F1 kali keempat

LAS VEGAS: Pelumba Red Bull, Max Verstappen merangkul kejuaraan dunia Formula Satu (F1) keempatnya ketika George Russel mengetuai Mercedes dalam penamat satu dua di Grand Prix (GP) Las Vegas, semalam.

Pemandu Belanda itu dinobatkan sebagai juara dunia untuk kali keempat berturut-turut selepas menduduki tempat kelima di hadapan pencabar terdekat, Lando Norris.

Pemandu Mclaren itu perlu mengatasi Verstappen dengan jurang tiga mata di hadapan untuk mengekalkan harapan tipi kejuaraannya.

Russell sebagai juara mendahului rakan sepasukannya Hamilton, yang memacu perlumbaan hebat untuk naik dari ...

Read More →
Page 670 of 1,936 «...640650660668669670671672...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X