PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli parti itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan berkenaan berkuat kuasa serta-merta selaras Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.
“MKT sebulat suara melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin sebagai ahli berkuat kuasa serta-merta.
“Ia selaras Fasal 10.6 dan 5.3 Perlembagaan UMNO, ” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Tajuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Salak sebelum ini digantung keahlian ...