KANGAR: Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasakan bidang pendidikan khususnya di negeri ini.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, usaha ini bukan sekadar menyediakan platform pembelajaran namun turut melahirkan generasi muda berkemahiran, berakhlak tinggi dan mampu bersaing di peringkat global.
Baginda bertitah, FCoEE berpotensi mencipta impak yang lebih besar bukan sahaja di negeri ini, namun turut melibatkan seluruh negara dan persada dunia.
“Sebagai Raja Pemerintah, beta sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan rakyat dan kemajuan agama. Pendidikan ...