Blog

Dikecam Berbaju Jarang, Daiyan Trisha ‘Block’ Netizen

Susulan penampilannya yang dikecam teruk ketika menghadiri konsert Dua Lipa, pelakon Daiyan Trisha memilih untuk menyekat akaun netizen yang meninggalkan komen negatif terhadapnya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Daiyan meluahkan rasa hairan ramai yang meninggalkan komen di Instagramnya bukan dikalangan pengikutnya.

“Kelakarlah, yang tinggalkan komen negatif dekat hantaran terakhir saya bukannya pengikut saya pun!   Kamu semua ke sini hanya untuk tinggalkan komen yang tak diminta?  Kamu semua tak peduli tentang saya dan apa yang saya lakukan. Pelik betul. Sudah sekat,” ...

Read More →

“Siapa Tahu Mungkin Diana Boleh Berubah Lebih Baik Dari Kita”

Sebelum ini, pelakon Nora Danish bersetuju dengan kenyataan aktres Diana Danielle yang mengatakan tidak perlu untuk merendahkan usaha seseorang individu yang ingin berubah ke arah lebih baik.

Memetik Xtra, Nora berkata dia percaya Diana mampu untuk berubah atau berhijrah dengan mendalami agama Islam serta mengatakan siapa tahu seseorang itu boleh berubah lebih baik.

“Jangan mempertikaikan benda kecil yang dilakukan itu sebab sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan hati siapa tahu boleh ubah dia jadi lebih baik.

“Dalam usaha memperbetulkan ibadah solat itu pelru ...

Read More →
blank

Gaza dibadai cuaca sejuk, khemah tenggelam akibat hujan lebat

GAZA: Hujan lebat yang melanda Gaza menyebabkan kem pelarian Palestin ditenggelamkan air, memburukkan keadaan penduduk yang sedia terkesan akibat konflik selama 13 bulan.

Cuaca buruk itu menyebabkan khemah penduduk yang dibuat daripada plastik dan kain dihanyutkan air, mengakibatkan ramai hilang tempat berlindung.

Beberapa pelarian meletakkan baldi untuk melindungi tikar daripada kebocoran dan menggali parit bagi mengalirkan air dari khemah mereka.

“Kami tinggalkan utara dan terselamat daripada pengeboman. Tetapi, kami kini berdepan hujan dan cuaca ...

Read More →
blank

Shandong Taishan hampakan JDT

PETALING JAYA: Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus mencipta kemenangan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) tidak kesampaian apabila tumpas 0-1 kepada Shandong Taishan, sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Olimpik Jinan itu, kedua-dua pasukan beraksi baik dengan saling berbalas serangan pada awal permainan, namun tiada jaringan berjaya dihasilkan pada babak pertama.

Pemain import JDT, Jorge Obregon berjaya menggegarkan jaring lawan selepas menerima umpanan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-39, namun jaringan itu dibatalkan selepas beliau dikesan berada di ...

Read More →
blank

“Segan Sebenarnya Dengan Gelaran Biduanita, Panggil Saja Siti Macam Biasa”

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata dia tetap merasa segan dengan gelaran biduanita negara meskipun layak menerima pengiktirafan berkenaan.

Memetik Oh Bulan, Siti berkata beliau tetap Siti yang sama dan mahu disapa dengan panggilan nama sahaja serta menganggap dirinya masih lagi seperti insan biasa.

“Dalam masa sama, saya juga masih menjual barang di TikTok kerana itu adalah tanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Siti meluahkan rasa syukur dan tidak pernah terlintas diberikan pengiktirafan tersebut sebaliknya hanya berusaha sebaik mungkin sepanjang bergelar ...

Read More →
blank

Watie Mengucap Panjang Netizen Minta Shuib Cari Isteri Baru

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah hanya mampu mengucap panjang apabila ada netizen menuduh dia menjadi punca perubahan sikap suaminya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie bagaimanapun tidak melenting sebaliknya berdoa agar Allah memelihara hati setiap manusia.

“Dapat banyak mesej langsung (DM) pagi ini, ramai hantar video ini kepada mummy. Bila tengok mengucap panjang sahajalah yang mampu. Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita,” katanya.

Dalam pada itu, Watie turut berkongsi petikan kata-kata sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Ali Abi Thalib: “Janganlah ...

Read More →
blank

Barang Rumah & Empat Kenderaan Mewah Disita, Vida Mohon Beri Ruang, Cik B Pula Minta Netizen Sabar

Selepas barang rumah dan empat kenderaan mewahnya disita semalam, usahawan Dato Seri Vida tampil memberi respon menerusi hantaran di Instagram.

Katanya, dia akan mengambil serius dan akan memberikan perhatian penuh terhadap isu ini dan telah pun melantik peguam.

Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang.

Read More →

blank

“Kau Ni Normal Ke Tak?” – Ceo Helmie Buat Shuib Bengang Sekali Lagi

Tak cukup dengan menggelarkan pelawak, Shuib sebagai kambing hitam, individu yang dikenali sebagai CEO Helmie tampil membuat satu lagi kenyataan yang mencetuskan kemarahan pelawak itu.

Menerusi sebuah hantaran yang telah dimuat naik di Instagram akaun milik Shuib, ia memaparkan individu tersebut kononnya ingin menasihati Shuib supaya menyelesaikan masalahnya bersama para pekerjanya sebelum bersemuka dengannya.

Menurut pelawak itu, akaun TikToknya telah disekat oleh individu tersebut dan mesej yang telah dihantar secara peribadi kepada individu tersebut turut tidak dibalas.

Read More →
blank

Festival Warisan Nusantara 2024 di Perlis, festival terbesar rantau ini

KANGAR: Festival Warisan Nusantara 2024 (Warisan’24) yang akan berlangsung di Perlis pada 6 hingga 8 Disember depan bakal menjadi salah satu festival terbesar di rantau ini.

Acara kebudayaan itu akan diadakan di Dewan Wawasan 2020, di sini, dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik.

Pengarah Festival Warisan’24, Amir Izwady Abu Bakar berkata, penganjuran festival itu diadakan bersempena Tahun Melawat Perlis 2024/2025 (TMPs) yang bertujuan bagi mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan unggul dengan memperkenalkan keunikan budaya dan warisan tempatan.

“Warisan’24 menawarkan pelbagai aktiviti menarik ...

Read More →
blank

Young Tiger benam China 5-2

PETALING JAYA: Pasukan hoki remaja kebangsaan membuka tirai saingan Piala Asia Remaja 2024 dengan bergaya selepas berjaya menewaskan China 5-2 di Oman, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Oman, Muscat itu, Young Tigers bermula hambar apabila China membuka jaringan seawal minit kelima menerusi pukulan penalti sudut, Wang Yubo.

Tersentak dengan jaringan itu, Malaysia menyamakan kedudukan menerusi Che Nur Aqirullah pada minit ke-17 dan keputusan terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak ...

Read More →
Page 661 of 1,937 «...630640650659660661662663...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X