Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa proses pembaikan jalan raya berbahaya di seluruh negara akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan keutamaan diberikan kepada laluan yang mengalami kerosakan kritikal.
Memetik laporan Bernama, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengenal pasti keperluan pembaikan bernilai hampir RM4 bilion.

(VIDEO) Rampas Suami Orang Ketika Hidup, Miss V Jenazah Wanita Ini Dipenuhi Ulat Ketika Diperiksa Forensik
Seorang doktor Pakar Forensik & Medikolegal, Dr Stephanie Anindita tampil berkongsi pengalamannya menguruskan jenazah seorang wanita yang dianggap tragis sepanjang perkhidmatannya.
Kongsi Stephanie di sebuah laman podcast, jenazah wanita itu baru sahaja meninggal dunia tidak sampai tempoh 24 jam namun bahagian alat sulitnya dipenuhi dengan ulat seperti sudah meninggal terlalu lama.

23.6 juta pengguna domestik Semenanjung nikmati kadar lebih adil
PETALING JAYA: Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menerima kadar elektrik baharu menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang diluluskan oleh kerajaan.
Penetapan tarif baharu tersebut akan berkuat kuasa bermula 1 Julai ini hingga 31 Disember 2027 di bawah kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) selaras dengan peruntukan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).
Perubahan tarif elektrik bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) membabitkan penstrukturan semula tiga komponen iaitu kadar purata ...

JPJ pertimbang batal MyLesen B2 ‘mat rempit’

BUTTERWORTH : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempertimbang untuk membatalkan lesen penunggang motosikal yang diperoleh melalui Program MyLesen B2 sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang. Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, sebelum ini, kerajaan telah mengeluarkan peruntukan besar bagi memudahkan golongan B40 untuk memperoleh lesen memandu Kelas B2 dan penerima perlulah mematuhi peraturan jalan raya yang … Read More →

Bersihkan Longkang Tersumbat Guna Tangan, Anggota Polis Terima Pujian Ramai – “Terbaik PDRM”
Baru-baru ini, tiga orang anggota polis telah mencuri perhatian ramai selepas tular video yang memaparkan tindakan mereka yang dianggap tidak mementingkan diri.
Anggota polis tersebut dilihat meredah jalan yang banjir akibat longkang tersumbat tanpa kasut dan bertindak membersihkan longkang itu bagi memastikan kelancaran aliran trafik.
Difahamkan, ...

Siap Lilit Nak Tunjuk Corak, Gelagat Ramli MS Tolong Alyah Promosi Tudung Cuit Hati Netizen – “Tok Ram Dah Rosakkkk”
Gelagat maestro muzik, Datuk Ramli MS bersama isterinya, penyanyi Alyah di TikTok mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat membantu mempromosikan tudung.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, dia yang mesra dipanggil Tok Ram dilihat membuat aksi lucu dengan menyingsing lengan baju dan menolong Alyah untuk menunjukkan koleksi tudung milik penyanyi itu.
Dalam kesibukan membuat persiapan showcase, Alyah tetap tidak berehat untuk berniaga dan Tok Ram juga turut teruja menunjukkan satu per satu corak tudung tersebut.

Teknologi AI dalam PDRM antara fokus Mohd. Khalid
KUALA LUMPUR: Penggunaan kecerdasan buatan (AI) antara perkara yang diberi penekanan oleh Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail sebaik dilantik sebagai Ketua Polis Negara Ke-15, berkuat kuasa hari ini.
Mohd. Khalid berkata, fokus terhadap AI bakal diketengahkan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih maju pada masa akan datang.
“Dengan ruang dan peluang yang diberikan, saya percaya saya akan membawa PDRM lebih cemerlang selari dengan perubahan pemodenan pasukan terutama sekali melibatkan teknologi-teknologi terkini.
“Isu AI perlu diketengahkan supaya pasukan kita lebih maju pada masa ...

Isu pencemaran plastik bawa tuah
KUALA LUMPUR: Ketua Kreatif Media Mulia Sdn. Bhd. (MMSB), Mohamad Rizal Mohamed Nor dipilih pemenang pingat emas kategori Reka Letak Halaman Terbaik sempena Malam Wartawan Malaysia 2025 di sini malam ini.
Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2024 itu membolehkan Mohamad Rizal membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.
Penolong Ketua Kreatif Utusan Malaysia, Mohamad Sany Misnan pula memenangi pingat gangsa bagi Kategori Infografik Terbaik sekali gus membawa pulang wang tunai RM2,000.
Mohamad Rizal menang berdasarkan ...

Janna Nick Beli Jam Tangan Rolex Sempena Hari Jadi
Umum mengetahui, pelakon dan pengacara Janna Nick baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada 1 Jun lalu.
Menerusi hantaran di TikTok, Janna berkongsikan dia membeli jam tangan mewah jenama Rolex buat dirinya sempena hari kelahirannya itu.
BACA: Janna Nick Dikecam Gelar Bekas Isteri Sebagai Perempuan Gila
@jannanickofficial

Peguam Sahkan Isteri Fikry Ibrahim Tarik Permohonan Cerai
Peguam syarie mewakili isteri pelakon Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan mengesahkan anak guamnya hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam bagi menarik balik permohonan cerai.
Memetik mStar Online, peguam Wan Muhammad Afiq tampil menjelaskan kekeliruan susulan kenyataan bercanggah serta mengatakan apa yang diberitahu oleh Fikry di Melodi adalah benar.
“Ya apa yang Fikry cakap semalam (dalam program Melodi) adalah betul. Saya sahkan bahawa Khalizah ada buat permohonan untuk tarik balik kes perceraian mereka,” katanya.
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili ...