KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan seorang pesakit warga emas yang tenat tidak diberi rawatan sewajarnya di Hospital Kota Marudu dengan video mengenainya turut tular di media sosial.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Maria Suleiman berkata, berdasarkan siasatan, video tular itu bukan dirakam oleh ahli keluarga pesakit, sebaliknya oleh individu tidak dikenali, tanpa kebenaran keluarga pesakit.
Beliau berkata, video itu tular pada 6 Februari lalu sebelum keluarga pesakit meminta pentadbir laman media sosial yang menyiarkan video berkenaan menurunkan semula video ...