TELUK INTAN: Kementerian Kewangan menetapkan sasaran cukai langsung sebanyak RM200.8 billion tahun ini sekali gus menyumbang hampir 50 peratus jumlah hasil kerajaan Persekutuan.
Timbalan menterinya, Lim Hui Ying, berkata ia menunjukkan dana dari sumber cukai langsung itu merupakan nadi kepada kelangsungan pembangunan dan kesejahteraan negara.
Beliau yakin seluruh kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan terus amanah dan cemerlang dalam melaksanakan bidang tugas masing-masing sehingga membolehkan sasaran kutipan yang ditetapkan itu dicapai.
“Semoga setiap usaha untuk membina sistem percukaian negara yang cekap ...