Blog

Farm Fresh diiktiraf “Brand of the Year” dalam Kategori Tenusu

PETALING JAYA: Farm Fresh Berhad sekali lagi dianugerahkan “Brand of the Year” dalam kategori Produk Tenusu pada majlis World Brand Award 2024-2025 yang diadakan di Tower of London, Central London pada 25 November lalu, selepas kemenangan mereka pada 2022.

Farm Fresh merupakan satu-satunya pemenang dalam kategori Produk Tenusu dari Malaysia yang dipilih untuk anugerah tahun ini dan dinilai secara unik melalui tiga elemen iaitu Penilaian Jenama, Penyelidikan Pasaran Pengguna dan Pengundian Dalam Talian Awam.

Sejak ...

Read More →

Pemuda Ikat Tiga Tong Dram Besi Bawah Katil Untuk Keselesaan Bapa Terlantar Sakit

Seorang pemuda dari Kuala Berang, Terengganu mengambil inisiatif untuk mengikat tiga tong dram besi di bawah katil ayahnya yang terlantar sakit untuk memberi keselesaan kepadanya ketika rumah mereka dilanda banjir.

Menurut Zulkifli Che Noh, 37, idea untuk mengikat tong dram tersebut merupakan cadangan daripada penduduk kampung setelah ayahnya, Che Noh Che Hassan, 79, tidak mampu untuk bangun atau duduk sejak awal tahun ini akibat menderita penyakit saraf.

Read More →

blank

Kertas Siasatan Kes Kerugian FashionValet RM43.9 Juta Selesai – “Keputusan Akan Diperoleh Dalam Masa Terdekat”

Dalam perkembangan terbaru kes siasatan kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta, kertas siasatan sudah pun dilengkapkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan terbabit sudah diserahkan kepada bahagian perundangan.

Kertas siasatan ini diserahkan kepada Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk kajian dan pertimbangan. Keputusan berhubung siasatan ini akan diperoleh dalam masa yang terdekat.

blank

Read More →
blank

26 individu ditahan, aset RM55 juta dirampas

PARIS: Pihak berkuasa Perancis menahan 26 individu dan merampas aset bernilai 11 juta euro (RM55 juta) dalam satu operasi besar-besaran bagi menumpaskan sindiket penyeludupan pendatang asing yang dipercayai membawa ribuan individu dari Asia Selatan ke negara itu sejak September 2021.

Aset yang dirampas mencecah jutaan euro itu meliputi hartanah, kereta mewah, barangan kemas dan emas.

Polis Sempadan Perancis berkata, sindiket berkenaan mengenakan caj antara 15,000 hingga 26,000 euro (RM75,000 hingga RM130,000) bagi setiap individu yang diseludup dari India, Sri Lanka dan ...

Read More →
blank

60 individu ditahan positif dadah di pusat hiburan

KUALA LUMPUR: Seramai 60 individu yang mengunjungi sebuah pusat hiburan didapati positif dadah dan terlibat dalam penyalahgunaan bahan terbabit dalam serbuan di sekitar Jalan Sultan Ismail, di sini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, operasi pada 23 November lalu itu memeriksa 181 pengunjung dan kesemua mereka dibuat ujian saringan awal air kencing.

“Kesemua yang ditangkap melibatkan 56 warga tempatan dan empat warganegara asing yang berumur antara 20 dan 42 tahun.
“Kes disiasat ...

Read More →
blank

“‘Post’ Tanda Bukan Pelaku” – Nama Dipetik, Hantaran Terbaru Tauke Raih Perhatian Netizen

Baru-baru ini, kecoh mengenai seorang pelawak yang merupakan bekas peserta program realiti komedi tempatan ditahan polis atas dakwaan merogol seorang gadis berusia 20-an di Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang lelaki berusia lingkungan 40-an itu telah direman selama lima hari bermula semalam sehingga 2 Disember untuk siasatan lanjut.

Berita tersebut telah menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen sehingga ada yang membuat andaian sendiri dan memetik beberapa nama meskipun tiada maklumat sahih daripada ...

Read More →
blank

Percaya pelaburan Online, RM811,500 milik guru tadika lebur

PONTIAN: Nak cepat kaya, akhirnya rugi besar. Itu yang terjadi kepada seorang guru tadika yang kerugian RM811,500.00 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian atau Online.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, wanita berusia 60 tahun membuat laporan polis semalam setelah menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan atau scammer.

blank Read More →
blank

Sifat setia ODP, OBB jadi pilihan majikan

MELAKA: Setia dan berkebolehan melakukan sebarang pekerjaan menjadikan orang diparol (ODP) dan orang bebas berlesen (OBB) menjadi pilihan majikan yang sedang mencari pekerja baharu.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka, Nur Mohammad Bakhtir Mohamad Akhir berkata, ramai majikan memberikan maklum balas positif dan berpuas hati terhadap prestasi kerja serta disiplin yang ditunjukkan ODP dan OBB.

Katanya, tahun ini seramai 304 banduan telah diterima bekerja dalam pelbagai sektor ekonomi antaranya makanan dan minuman, pengurusan sisa, perladangan serta perkilangan.

“Sebanyak 28 majikan yang kita ...

Read More →
blank

Situasi banjir di Terengganu semakin membimbangkan

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Terengganu semakin membimbangkan apabila mangsa terus bertambah kepada 20,911 orang daripada 5,916 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan ketika ini, terdapat 232 pusat pemindahan sementara (PPS) yang sedang beroperasi di tujuh daerah seluruh negeri ketika ini.

Menurutnya, semua tujuh daerah mencatatkan peningkatan jumlah mangsa dengan Besut menjadi daerah tertinggi iaitu seramai 9,338 orang daripada 2,481 keluarga di 96 PPS.

“Di Setiu, mangsa terus meningkat kepada 4,255 orang daripada ...

Read More →
blank

Pelbagai manfaat minyak kelapa sawit tangani NCD

Biarpun pelbagai tohmahan negatif dilontarkan ke atas minyak kelapa sawit, namun ia terbukti mengandungi khasiat yang tidak ternilai ke atas kesihatan.

Antaranya, ialah kandungan antioksidan yang membantu melawan penyakit tidak berjangkit atau NCD seperti diabetes, obesiti atau kegemukan dan tekanan darah tinggi.

Pengarah Jabatan Nutrisi dan Kebersihan Makanan, Southeast University China, Prof. Sun Gui Ju berkata, minyak kelapa sawit mengandungi tokotrienol iaitu antioksidan yang sangat berkesan.

“Kelapa sawit mengandungi paling banyak tokotrienol berbanding buah yang ...

Read More →
Page 654 of 1,941 «...630640650652653654655656...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X