DALAM pejam celik, pergi kerja, balik kerja, letih melilau cari tempat letak kereta atau subuh-subuh lagi sudah beratur panjang untuk menaiki pengangkutan awam, rupa-rupanya dalam tempoh sebulan lebih lagi kita akan memasuki tahun baharu 2025 pula.
Begitu pantas masa berjalan. Rasanya baru saja kita menyambut tahun 2024, sudah nak sambut tahun baharu lagi.
Tak tahulah kalau ada pula yang merasakan masa cukup lama bergerak bagaikan merangkak. Selalunya orang yang tidak berbuat apa-apa sangat atau mempunyai banyak masa lapang saja merasakan perjalanan ...