PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menegaskan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) tidak membincangkan hal berkaitan dasar agama Islam.
Menurutnya, jawatankuasa itu sebaliknya mencari jalan dan memberikan pandangan kepada Kabinet tentang kaedah terbaik memperkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang agama di negara ini.
“Perkara itu selaras dengan fungsi utama penubuhan JK HARMONI iaitu secara bersama mencari nilai baik dalam setiap agama dan mengadakan aktiviti berunsur kesedaran serta keharmonian antara penganut agama demi manfaat ...