PETALING JAYA: Sebanyak 6,249 kehamilan dihasilkan menerusi melalui perkhidmatan subfertiliti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dari tahun 1976 hingga 2024.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kes masalah kesuburan baharu dan ulangan yang diterima oleh LPPKN mencecah sehingga 9,000 kes setiap tahun.
Menurut beliau, sebanyak 42,941 kes baharu dan 271,501 kes ulangan dikesan dari tahun 1979 hingga Oktober 2024.
“Daripada jumlah tersebut, 29,163 pasangan menjalani kaedah rawatan subfertiliti dan seramai ...