REYKJAVIK: Penduduk Iceland mengundi bagi memilih ahli Parlimen baharu selepas perbezaan pendapat mengenai dasar imigresen, tenaga, dan ekonomi yang memaksa Perdana Menteri, Bjarni Benediktsson membubarkan Kerajaan dan mengadakan pilihan raya awal.
Semua pusat mengundi berjaya dibuka walaupun berdepan cuaca buruk di negara subartik yang menyebabkan jalan raya di banyak kawasan terhalang akibat salji.
Pilihan raya itu merupakan pilihan raya kali keenam Iceland sejak krisis kewangan 2008 yang meruntuhkan ekonomi negara kepulauan itu dan membuka era ...