KLANG: Penyewa atau pemegang lesen dikeluarkan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang menyewakan ruang niaga atau lesen perniagaan kepada warga asing akan disenarai hitam serta dilarang daripada berniaga di tempat lain.
Datuk Bandarnya, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, penguatkuasaan itu adalah seperti mana tertakluk kepada dasar MBDK atau mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri.
Menurutnya, ia turut dikenakan kepada pemilik lesen atau penyewa ruang niaga premis MBDK yang menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran atau permit sah dikeluarkan oleh Jabatan ...